Sejarah Ringkas Sekolah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat merupakan sebuah sekolah harian berasrama yang telah dibangunkan di suatu kawasan seluas 28 ekar milik kerajaan, kira-kira 5 km dari bandar Segamat. Ia merupakan salah sebuah dari empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Johor. Sekolah ini dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) bagi memenuhi matlamat mengimbangi antara pendidikan sekular dengan pendidikan Islam. Sekolah ini mula dibangunkan pada awal 1987 dan mulai beroperasi pada 3 Januari 1988. Pada tahun 2000 sekolah ini telah terpilih dalam Projek Rintis Sekolah Bestari dan telah menjadi Sekolah Bestari sepenuhnya pada tahun 2003.

Visi


SMK AGAMA SEGAMAT SEKOLAH BESTARI
YANG GEMILANG PADA TAHUN 2010

Misi

MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN MURID BESTARI YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA, BERAKHLAK MULIA, BERKETRAMPILAN, KREATIF, INOVATIF BERTERASKAN FALSAFAH SMKA SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah SMKA

“Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu,iman dan amal soleh serta budaya islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan yang berlimu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa, dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri ummah, dan negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Lencana Sekolah
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat telah direka oleh seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia dicipta pada tahun 1989 berikutan dengan pembukaan sekolah ini.
Lencana ini mempunyai reka bentuk yang bermiripkan ciri-ciri Islam bersesuaian dengan nama sekolah dan hasrat penubuhan sekolah ini.
Bentuk kubah menunjukkan ciri-ciri Islam. Di tengah-tengah kubah ini terdapat lambang buku yang menunjukkan bahawa buku memainkan peranan penting di samping perkataan "Iqra" yang merupakan teras perkembangan kepada Islam.
Keris pula melambangkan ketuanan Melayu dan para pelajar Melayu yang beragama Islam.
Bintang-bintang di tengah-tengah melambangkan ciri-ciri Islam yang padu dan kerjasama yang erat antara tenaga pengajar dan para pelajar.
"Ilmu, Iman dan Amal" adalah merupakan motto sekolah ini. Ilmu bermakna pelajar datang untuk menuntut ilmu. Para pelajar dan pengajar beriman kepada Allah dan mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari samada ilmu akademik atau pun ilmu agama.
Sejarah Perkhidmatan Pengetua-Pengetua SMK Agama Segamat
Paiman bin Jemo
Berasal dari Johor
Lantikan : 1 Jan 1988 - 31 Julai 1990 (Berpindah ke Negeri Sembilan)
Kamal bin Hassan
Berasal dari Johor
Lantikan : 1 Ogos 1990 – 15 Ogos 1995 (Berpindah ke Sarawak)
Paiman bin Jemo
Berasal dari Johor
Lantikan : 1 Sept 1995 – 31 Jan 1996 (Berpindah ke KPM)
Abdul Rahim bin Shaari
Berasal dari Kedah
Lantikan : 1 Mei 1996 – 30 Sept 1997 (Berpindah ke Kedah)
Sarnon bin Jumiran
Berasal dari Johor
Lantikan : 1 Okt 1997 – 17 Ogos 1999 (Bersara)
Kamal bin Hassan
Berasal dari Johor
Lantikan : 16 Jan 2000 – 30 Sept 2003 ( Berpindah ke JAKIM )
Wan Muhammad@M Zin bin Wan Awang
Berasal dari Kelantan
Lantikan : 1 Jan 2004 - 12 Julai 2005 (Bersara)


Megat Abu Bakar bin Megat Husin
Berasal dari Terengganu
Lantikan : 16 Julai 2005 hingga sekarang
 
 
 
 
Hakcipta Terpelihara © 2006
PENAFIAN:
SMK Agama Segamat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.